Berita Harian Online 14
Sep, 2005
PENGGUNA kini boleh memantau
keselamatan rumah mereka menggunakan kamera
keselamatan dan telefon selular dengan aplikasi
WAP/GPRS/EDGE dan 3G menerusi penyelesaian
keselamatan dikenali sebagai mEye yang diperkenalkan
oleh iNavigate Sdn Bhd (iNavigate).
Ketua Eksekutif iNavigate, KK Lim, berkata
penyelesaian mEye mudah digunakan tanpa
memerlukan pengetahuan teknikal tinggi apa
yang diperlukan ialah kamera web, jalur
lebar internet dan telefon selular.
?erkhidmatan berkenaan boleh beroperasi
dalam masa lima minit, mampu menyediakan
imej video secara langsung dan gambar foto
keadaan persekitaran dalam dan di luar rumah
yang mana imej berkenaan dihantar terus
kepada telefon selular,?katanya dalam satu
kenyataan akhbar yang dikeluarkan di Pulau
Pinang, minggu lalu.
Beliau berkata, klip video yang dihantar
menggunakan penyelesaian mEye secara umumnya
sebesar 65Kb saja dan mampu dimuat turun
dalam tempoh beberapa saat menerusi rangkaian
GPRS.
Ini bermakna mereka boleh menyaksikan imej
keluarga mereka dalam tempoh antara 10 hingga
15 saat selepas permintaan dilakukan.
?enyelesaian mEye secara umumnya memenuhi
keperluan aspek keselamatan dan kemudahan
kepada pengguna kerana mereka kini boleh
melihat sendiri keadaan keluarga mereka
tanpa memerlukan kos pemasangan yang tinggi,?katanya.
Pengguna tidak perlu memiliki perkakasan
atau perisian tambahan untuk dipasang di
dalam telefon selular mereka.
|